Pages

Sunday, March 25, 2012

Mesyuarat PIBG di SK Batu Hampar



Penat,letih,sakit2 badan,mengantuk semula boleh diungkapkan..bila hari neh mengajaq prasekolah dari pkul8.15 sampai 12 tengahari pas2 sambung petang pulak untuk mesyuarat PIBG kat sekolah tu..

mesyuarat PIBG macam biasa ar dijalankan disemua sekolah..tapi sekolah neh rare sikit..ceritanya bermula disini..pendaftaran pukul2.15 petang..aku saja ar lepak kat kaunter tu..pas2 ada ar 2,3 orang pakcik makcik yang mai daftar cakap kat aku "pakcik mata tak berapa jelas neh,tolong tulis sat nahh.."..xpala..aku pon tulis jela..biasalah tu..orang kampungkan..aku tak anggap benda tu lawak..kira ok ar depa antaq anak depa supaya belajar lebih pandai pada depa kn..

selepas tu..acara perasmian..ada dato' mana tah yang rasmi..tapi malangnya aku tak ada kat lokasi sebab duk melepak dengan cikgu2 dalam bilik guru sambil menikmati makanan2 yang sangat lazat(kiranya mengulat ar neh)..

dah abeh dah perasmian..aku malas ar nak duk lama nanti cikgu2 sana cakap aku neh apa pulak..so aku pergi ar masuk dewan..abeh lentok ar mengantuk sangat..sebab apa..ibu bapa sana tak bagi komitmen sepenuhnya..bila time nak lantik AJK suma pakat senyap ja..so amek masa yang tersangat lama ar..tension aku...

tapi kan..bila time cabutan bertuah..semua pakat celik mata ar cerita dia..sebab hadiah semua agak menarik..ada minyak masak,gula,tapawe,raga,cawan dan lain lain lagi ar...tunggu cabutan bertuah..sampai ke-33 pulak..nombor 112!! wahhh!! kena kat aku..kalut p amek ar..syok sangat2 sabit bole dapat cabutan..dapat ar tapawe dgn raga kecik..ok ar tu..kalau beli kat kedai mau rm10 jugak tu..kesian kat PK HEM..duk tikam nombor dgn aku last2 aku gak dapat dia yang tak dapat..hhohoho...

No comments: